Tips fashion bertudung
Nantikan pelbagai tips fashion bertudung dari bonda yerk…
Nantikan pelbagai tips fashion bertudung dari bonda yerk…
Sulam kerancang/ayak adalah sulaman halus yang bertebuk dibuat dari jalinan benang sulam. Tebukan inilah yang disebut kerancang. Pembuatan kerancang ini adalah suatu proses yang rumit serta menggunakan masa yang lama. Seorang penyulam harus menjaga “tarikan” benang ke kain ( bahan dasar ). Jika tarikan benang terlalu tegang, kain di sekitar kerancang akan berkedut. Apabila tarikan benang kurang tegang, maka jalinan kerancang akan tidak padat dan rapat serta mudah putus karena ketegangan benang sulam tidak sama. Sulaman kerancang ini sulamannya lebih tebal dan tahan lama.
~Proses Pembuatan Kerancang~
Pembuatan kerancang adalah suatu proses yang berbentuk “point of no return“. Jalinan kerancang tersebut terdiri dari jalinan benang sulam serta bahagian bahan dasar yang dipilin untuk menjadi tepi kerancang. Apabila jalinan ini putus, maka sulaman itu tidak dapat diperbaiki kerana material kain yang dipilin untuk membentuk jalinan kerancang tersebut juga ikut terputus (robek). Read the rest of this entry »