La Bonda Blog

~~……About Everything……~~

Archive for the ‘Diari Bonda’ Category

Selamat Berpuasa

Aug-11-2010 By bonda

Marhaban ya ramadhan… hari ini puasa bermula, saya ucapkan selamat berpuasa, selamat bersahur, selamat berbuka dan selamat beribadah untuk semua kawan-kawan, all customer LBC dan saudara mara saya di mana pun berada… happy fasting…!!. Semoga amal ibadah kita sepanjang bulan puasa ini diterima Allah swt, amiiin.

Rules of ramadhan

Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Jika sepanjang USIA adalah DOSA maka TAQWA&TAUBAT lah ubatnya,

Jika semua BULAN  adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,
MOHON MAAF ZAHIR dan BATHIN, SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA…

Lastly, semoga puasa tahun ini jauh lebih baik dari puasa sebelum ini…amiiinnnn!!

slmt puasa

Facebook Mania…

Aug-7-2010 By bonda

Facebook oh facebook… terkadang posting di wall ni boleh menjadi bahan untuk memburukkan keadaan dan menghancurkan keadaan. Macam-macam kejadian yang kita dah tengok. Pelakon yang menggunakan facebook untuk bergaduh, seorang staff diberikan notis 24jam untuk berhenti kerja hanya disebabkan status di wall FB yang mengeluh tentang pekerjaan di tempat kerja mengeluh dengan sikap bos.

Dan tidak kalah menariknya kes terbaru di Malaysia baru-baru ini tentang seorang facebook mania initial N.A.O yang secara tidak sengaja menulis status di wall tentang biskut tetapi sudah mendatangkan amarah orang JB. Mungkin N.A.O tidak ada  maksud untuk menghina JB tapi penerimaan orang dengan status tersbut sebagai satu hinaan bagi JB. Untuk itu, kejadian ini juga secara tak langsung mengingatkan kita untuk lebih berhati-hati dalam menulis dalam laman sosial ini.

Teringat pulak dengan peristiwa yang pernah terjadi dengan saya  beberapa bulan sebelum ini, ada seseorang yang bersikap sedikit biadap dulu menulis status dalam “FB samaran” tentang benda-benda mengarut. Sampai akhirnya pada ketika itu saya mendapat panggilan telefon dari makcik saya kat kampung (hmm pecah juga rahasia aku…). Mungkin pada masa itu dia merasa hebat dengan apa yang dibuat, tapi semuanya cerita lama. Apapun peristiwa yang sudah saya lalui sebelum ini, bukan dia yang merasakan tapi saya dan kehidupan saya. Dalam hidup ini kita boleh merancang masa hadapan, tapi apa yang akan jadi di masa hadapan adalah ketetapan Tuhan., itu jugalah yang telah saya lalui. Walau apapun saya doakan mudah-mudahan dia tidak mengalami benda yang sama seperti yang mana yang dah saya lalui. Tidak ada orang yang sempurna di dunia ini, semua orang pernah berbuat silap, so belajar lah dari kesilapan dan jadikan pengalaman lama sebagai pengajaran… (nasihat untuk diri sendiri jugak ni..huhuhuu).

Bergaduh di depan PC

Kembali kepada status di wall, baru-baru ini ada seorang kawan lama yang menulis pesanan di wall saya mendatangkan kemarahan pada adik-adik saya hanya disebabkan kerana ayat yang digunakan.  “Adik-adik uni sayang, biarkan ajer, jangan masukkan sangat ke hati… bergurau jer agaknyer tu….”. Itu je lah yang dapat saya katakan dengan adik-adik saya.

That why, kalau nak bergurau pon kena sesuai cara dan tempatnya. So tidak akan ada pihak yang akan marah ataupun tersinggung. Jangan sampai laman sosial menjadi tempat untuk bergaduh.

NOWAR

Tinggal Kenangan…

Aug-3-2010 By bonda

Apa benda yang tinggal kenangan ni, heheheh… wat suspen jer tau. Ni tajuk lagu yerk… best lagu ni!

Story Disebalik Lagu “Tinggal Kenangan”

Pengakuan Guitarist Caramel Band

Berdasarkan pengakuan guitarist Caramel band lagu ini diciptakan oleh Rifai Ilyas (Pay) pada tahun 2003. Lagu ini mula-mula dinyanyikan ketika program hari jadi sanggar seni mahasiswa Sekolah Tinggi Manajemen Informatika dan Komputer (STMIK) Dipanegara, Sang Dipa, Indonesia pada 14 Julai 2004.

Pay memainkan lagu ‘Jauh’ (Tinggal Kenangan) dengan versi live akustik, yang dinyanyikan oleh Andi Besse atau Abe, vokalis “Sang Dipa” (nama band). Ketika itu penampilan mereka pun dirakam ala kadarnya dalam format MP3. Sementara versi kedua lagu ini baru dirakam di studio oleh band Caramel, band yang didirikan Pay dan kawan-kawannya. Suara vokalisnya pun sudah berganti, Abe digantikan Riri (vokalis Caramel band).

Rakaman MP3 itu rupanya beredar luas. Abe sempat minta maaf pada Pay kerana rakaman lagu itu tersebar luas dan tidak boleh dihentikan.

Namun peredaran secara tidak rasmi itu juga melambungkan lagu Jauh. Bahkan lagu ini pernah menduduki tangga lagu di Radio Venus Makassar, Indonesia pada pertengahan tahun 2006 dan awal tahun 2007.

Namun walaupun lagu ini popular di Makassar, Indonesia pada 2006-2007, pelbagai kisah disebalik lagu ini tak juga terhenti. Beragam versi cerita Gabby dan Tinggal Kenangan singgah dari mulut ke mulut dan terkadang berbau mistik. Dan memang bukan perkara yang mudah untuk menemukan si pencipta kisah-kisah aneh ini.


Kesimpulan dari Pelbagai Versi

Ada banyak versi tentang kisah di sebalik lagu ini. Tapi dari banyak kisah itu pada keseluruhannya menyatakan lagu ini di tulis  oleh seorang awek bernama Gabby yang mencipta lagu ini selepas berlakunya kecelakaan terhadap teman lelakinya. Dan akibat tidak dapat menahan emosi Gabby akhirnya bunuh diri.

Yang Penting…

Samaada cerita ini betul ke tidak yang pasti tidak ada bukti yang menyatakan kesahihan cerita itu….

thumb1

What ever la cerita-cerita di sebalik “Tinggal Kenangan” yang penting lirik lagunya yang sederhana namun sedap di dengar dan betul-betul menusuk kalbu. Di Malaysia lagu ini dinyanyikan kembali oleh Saleem.

Psst…psst..pst.. btw hanyut juga saya dengan lagu ini. Agak-agak ada yang dengki tak yerk…. huhuhuhu :D, jangan mara yerk…

Tinggal Kenangan

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

Family Day @ Tambun

Jul-15-2010 By bonda

Hari minggu lepas ada family Day di Tambun Perak. Terasa happy sangat-sangat bawak anak-anak jalan-jalan dan bermain di Lost World of Tambun. Tapi kasihan si Kakak balik dari Tambun, keesokan harinya demam. Alhamdulillah semalam sudah sihat dan kembali ceria dengan mulut kecohnya.. hehehe, whatever  lah, bonda sayang anak-anak bonda.

With my hensem boy..

With my hensem boy..

With my daughter... cian dier balik dari Tambun, keesokan harinya terus demam...

With my daughter.....

Poco-poco...

Poco-poco...

Pada 8 Julai 2010 saya pergi ke “Farewell Party to Dr Richard Smith & Mrs. Normah Smith” di dewan Rumah Amal Cheshire Selangor.  Program ini sempena serah terima kerusi roda bagi insan yang memerlukan . Alhamdulillah agaknya rezeki Ayah saya, dapat juga satu pengganti kerusi rodanya yang lama. Program bermula 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Kerusi roda ini akan saya hadiahkan untuk  ayah saya, mudah-mudahan pergerakan ayah akan lebih selesa dengan kerusi roda baru ini.

Diantara penerima ada seorang Orang Kurang Upaya (OKU) Muha bin Abdul Aziz, membuat saya kagum akan kegigihan dia dalam menghadapi cabaran dan tantangan sebagai seorang OKU yang independen.

Dia bekerja sebagai salah seorang Pembantu Peribadi dari Penasihat Menteri Pembangunan Wanita keluarga dan Masyarakat. Orang buta naik tren saya sudah biasa saya lihat, orang berkerusi roda pun sudah biasa juga. Buta dan juga tiada keupayaan untuk berjalan memang ramai kita tahu, tapi yang tetap bersemangat dalam perjuangan hidup jarang kita jumpa.  Muha tiada keupayaan untuk berjalan (menggunakan kerusi roda) dan pada masa yang sama buta tapi untuk bekerja hari-hari dia menaiki tren. Jauh dari dalam lubuk hati Muha memiliki rasa takut yang amat sangat dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi sepanjang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan keadaan diri sebagai seorang OKU berkerusi roda dan buta, tapi semangat untuk tetap maju dan hidup berdikari dengan tidak terlalu mengharapkan bantuan orang lain tetap membara. Secara peribadi saya kagum dengan keberanian Muha bin Abdul Aziz.

Banyak individu di dunia ini sepanjang hidupnya selalu merungut dan tidak pernah berpuas hati dengan kelebihan yang Tuhan anugerahkan, cukup sifat dan cantik paras rupa namun tidak memiliki semangat untuk memperjuangkan hidup.  Terpulang siapa dan bagai mana peribadi seorang Muha, tapi alangkah baiknya kita jadikan semangat seorang Muha untuk pembakar semangat kita agar tidak gentar dalam menghadapi segala cabaran dalam hidup.

new wheelchair

Kerusi Roda baru untuk Ayah... love so much my dad, i am so proud with u..!!

Beberapa gambar yang saya dapatkan dari Cik Lina (staff Cheshire Home).

Tarian poco-poco dengan Mr. & Mrs. Smith, Staff & Resident Rumah Amal dan budak-budak EEP.

Tarian poco-poco dengan Mr. & Mrs. Smith, Staff & Resident Rumah Amal dan budak-budak EEP.

Snap with guests

Mr. Smith, Lina, Muha & Pn. ramlah

Sepatah dua kata…

Jul-6-2010 By bonda

Setelah sekian lama saya biarkan blog… miss u so much my blog!! Fuuh…Dekat 4 jam bekerja keras men’delete comment-comment yang memang tidak pernah dibaca selama ini, maafkan la yerk. Banyak juga rupanya yang memberikan komen positif dan ada jugak komen negatif, tapi sorry sesangat banyak yang saya ignored dengan alasan dah lama sangat terutamanya dari somebody. Cik adik jangan menyamar jadi orang lain lagi, saya tau siapa awak,  dari bahasa dan cara becakap awak lagipun nombor IP awak tu semua sama. So tak payah nak menafikan lagi… huhuhuh! Whatever la untuk setiap yang memberikan cadangan, insya Allah akan saya cuba buat yang terbaik.

Hidup oh hidup… hmmm…. banyak betul masalah dalam beberapa bulan ini, sempat jugak saya stress dibuatnya…

Personal problem, online shop yang terbiar dan da lama tak di update, kerja office yang melambak.. bla..bla.bla..

Personal problem, online shop yang terbiar dan da lama tak di update, kerja office yang melambak.. bla..bla.bla..

Tapi bersyukur sangat-sangat sebab sentiasa ada kawan-kawan dan keluarga yang selalu memberi sokongan untuk terus memperjuangkan hidup dan terus bersabar dengan semua masalah yang dihadapi. Alhamdulillah masalah hidup yang “gila-gila” sudah sampai ke penghujungnya, inilah lumrah hidup sentiasa ada masalah dan setiap masalah mesti ada penyelesaiannya.

Special untuk seseorang insya Allah saya akan cuba sedaya upaya

“I will try to be u best friend, coz friendship never die…!” apapun demi dua nyawa yang sama-sama kita sayangi. Saya cukup berterimakasih awak sudah pun mengakui kesilapan lama, tapi hidup harus diteruskan, pandang ke depan dan jangan berpatah balik ke belakang. Jangan sia-siakan peluang kedua tersebut, jaga dan amanah dengan tanggungjawap yang sedia ada.

Sekarang ini yang penting…

Stop_Stress

Dan yang penting dalam hidup ini… HAPPY…

happy_face

Untuk “somebody” belajarlah menghargai perasaan orang lain, jangan menghina orang mengikut hati dan perasaan, jangan hina asal dan keturunan orang lain sebab mungkin asal dan keturunan kamu pun belum tentu lagi baik dari orang yang kamu hina tersebut. Kalau dulu saya pernah terlalu ikutkan perasaan secara langsung ataupun tidak langsung menghina kamu maafkan la yerk..yang baik datangnya dari Tuhan yang buruk datangnya dari diri sendiri, biasalah tak ada yang sempurna dalam hidup ini.. Cumanya saya harap, jangan kacau hidup saya lagi…

Apa yang penting, darimana pun asal dan keturunan setiap orang, sehina apapun asal keturunan seseorang, dihadapan Tuhan tetap amal ibadah kita masing-masing yang akan membezakan kita.

What ever la wak…

Pesanan Untuk "Somebody..."

Huhuhuhuh..... jangan marah!!!

Tahniah….

Jun-26-2010 By bonda

Wahhh… cantik dia wak. Mudah-mudahan budinya secantik paras dan rupanya. Saya doakan awak bahagia dengan dia.  Walau apapun yang jadi kita tetap jadi kawan baik. Itu janji kita kan…

Kita sama-sama tahu dan memahami tabiat dan perangai masing-masing, so tak payah “cover-cover”…  biarkan hubungan ini kekal sebagai kawan baik demi kebaikan bersama.

Mudah-mudahan surat kebenaran dari pejabat cepat keluar & of course sy doakan majlis awak bulan 7 nanti berjalan lancar. Amiin..!!

MiSs U my bLogs…

Oct-15-2009 By bonda

Dah terlalu lama aku abaikan blog ini.. tiba-tiba aku rindu dengan blog…

Mungkin ada banyak benda yang akan tulis dalam ni.. dan mungkin tujuan asal blog ini akan bertukar menjadi cerita tentang aku, all about me.. Linda aka Bonda…

Rumah Gadang

Mar-7-2009 By bonda

Rumah Gadang.. i miss u so much… i will coming insya Allah next year.. postpone for this year coz i m pregnant.. dunt worry rumah gadang…

The Story about “Rumah Gadang”

Rumah gadang (Minangkabau language: ‘big house’) are the traditional homes (Indonesian: ‘rumah adat) of the Minangkabau. The architecture, construction, internal and external decoration, and the functions of the house reflect the culture and values of the Minangkabau. A rumah gadang serves as a residence, a hall for family meetings, and for ceremonial activities. With the Minangkabau society being matrilineal, the rumah gadang is owned by the women of the family who live there – ownership is passed from mother to daughter.

The houses have dramatic curved roof structure with multi-tired, upswept gables. Shuttered windows are built into walls incised with profuse painted floral carvings. The term rumah gadang usually refers to the larger communal homes, however, smaller single residences share many of its architectural elements.

Actually, keturunan asal saya dari sana, so selalu jugaklah balik sana.. best kat sana… tahun lepas dah pergi dah, tahun ni tak dapat coz pregnant, pastu cik abang kata tahun ni raya kat kampung dier lagi, SARAWAK…  lagipun 2nd baby ni kecik lagi, nak bawak pergi jalan-jalan pun tak bley jugak.. (… iyer ker… sabo jelah…) tahun depan insya Allah klo rejeki dan Tuhan mengizinkan bonda nak jalan-jalan kat sana… jalan-jalan & shopping sakan beb…