La Bonda Blog

~~……About Everything……~~

Archive for the ‘Pelbagai maklumat’ Category

Tips Simpan Songkok

Aug-23-2010 By bonda

SONGKOK, tidak dinafikan bagi para peniaga songkok  sedikit atau banyak selalu ada lebihan songkok yang dijual sepanjang bulan puasa, terutamanya untuk peniaga songkok musiman dan bagi yang baru belajar menjual songkok mungkin akan sedikit menggelaba dengan banyaknya lebihan stok tersebut. Berikut sedikit tips dari saya. Btw tips ini saya dapatkan dari Pak Cik saya yang memang sudah lama menjual songkok .

Tips menyimpan songkok dalam jumlah yang banyak

Simpan dalam kotak, dan alas dengan surat kabar, selingi jugak dengan daun pandan. Selepas itu tutup rapat kotak. Dengan cara ini songkok tidak berbau hapak dan insya Allah tidak akan ada lipas yang akan bersarang disana dan tentunya tidak akan berbau hapak.

Semoga tips ini berguna untuk peniaga songkok. (^_^)……!!

box

Tinggal Kenangan…

Aug-3-2010 By bonda

Apa benda yang tinggal kenangan ni, heheheh… wat suspen jer tau. Ni tajuk lagu yerk… best lagu ni!

Story Disebalik Lagu “Tinggal Kenangan”

Pengakuan Guitarist Caramel Band

Berdasarkan pengakuan guitarist Caramel band lagu ini diciptakan oleh Rifai Ilyas (Pay) pada tahun 2003. Lagu ini mula-mula dinyanyikan ketika program hari jadi sanggar seni mahasiswa Sekolah Tinggi Manajemen Informatika dan Komputer (STMIK) Dipanegara, Sang Dipa, Indonesia pada 14 Julai 2004.

Pay memainkan lagu ‘Jauh’ (Tinggal Kenangan) dengan versi live akustik, yang dinyanyikan oleh Andi Besse atau Abe, vokalis “Sang Dipa” (nama band). Ketika itu penampilan mereka pun dirakam ala kadarnya dalam format MP3. Sementara versi kedua lagu ini baru dirakam di studio oleh band Caramel, band yang didirikan Pay dan kawan-kawannya. Suara vokalisnya pun sudah berganti, Abe digantikan Riri (vokalis Caramel band).

Rakaman MP3 itu rupanya beredar luas. Abe sempat minta maaf pada Pay kerana rakaman lagu itu tersebar luas dan tidak boleh dihentikan.

Namun peredaran secara tidak rasmi itu juga melambungkan lagu Jauh. Bahkan lagu ini pernah menduduki tangga lagu di Radio Venus Makassar, Indonesia pada pertengahan tahun 2006 dan awal tahun 2007.

Namun walaupun lagu ini popular di Makassar, Indonesia pada 2006-2007, pelbagai kisah disebalik lagu ini tak juga terhenti. Beragam versi cerita Gabby dan Tinggal Kenangan singgah dari mulut ke mulut dan terkadang berbau mistik. Dan memang bukan perkara yang mudah untuk menemukan si pencipta kisah-kisah aneh ini.


Kesimpulan dari Pelbagai Versi

Ada banyak versi tentang kisah di sebalik lagu ini. Tapi dari banyak kisah itu pada keseluruhannya menyatakan lagu ini di tulis  oleh seorang awek bernama Gabby yang mencipta lagu ini selepas berlakunya kecelakaan terhadap teman lelakinya. Dan akibat tidak dapat menahan emosi Gabby akhirnya bunuh diri.

Yang Penting…

Samaada cerita ini betul ke tidak yang pasti tidak ada bukti yang menyatakan kesahihan cerita itu….

thumb1

What ever la cerita-cerita di sebalik “Tinggal Kenangan” yang penting lirik lagunya yang sederhana namun sedap di dengar dan betul-betul menusuk kalbu. Di Malaysia lagu ini dinyanyikan kembali oleh Saleem.

Psst…psst..pst.. btw hanyut juga saya dengan lagu ini. Agak-agak ada yang dengki tak yerk…. huhuhuhu :D, jangan mara yerk…

Tinggal Kenangan

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

Pening kepala…fuuh..!!

Jul-20-2010 By bonda

Hmmm, melihat dari tajuk pening nape plak ni Linda oii… hehehe. Saya pening bukannya kenapa, pening kepala memikirkan blog ini, banyak benda yang saya dah lupa. Dari tadi mencari benda-benda yang ingin saya ‘delete’ dan saya ubah, tapi pening kepala mencari kat mana lah edit setting dier ni..??? Lebih kurang setahun saya tak pernah masuk dalam blog ini, saya rasa macam rumah yang dah lama tinggal dan terbiar, sampai saya lupa apa isi dalam rumah saya, sampai saya lupa dimana nak cari switch lampu rumah sendiri… (:D

Pening kepala

Kena usaha lebih lagi ni, kalau lah tak dapat jugak jawabnya kena rajin bertanya dengan yang pakar macam sebelum ni, belajar memang tak pernah mengenal usia. Baru setahun saya tinggalkan blog ini dan tadi sempat jugak meluangkan sedikit masa search ke blog-blog kawan-kawan rupanya semakin berkembang dan maju. Saya sudah banyak ketinggalan perkembangan ilmu blogger rupanya.

Whatever it is……..sepertinya saya harus belajar dari bawah lagi. Chayok..chayok..chayok…

caiyok..caiyok...!!

I am sure, i can do it better than more… huhuhuh.  Harap-harap lah saya boleh mencari berjuta-juta ilmu berguna di dunia blogger ini.

Pay Pal

Jul-16-2010 By bonda

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Paypal dan MOL Access Portal Berhad (MOL) hari ini mengumumkan kerjasama strategik bagi penyediaan kad prabayar baharu yang dipanggil MOL Paypal – The Digital kepada pengguna Malaysia bagi membeli belah online dan untuk membeli permainan online.

Kad digital itu membolehkan rakyat Malaysia membiayai akaun Paypal yang boleh digunakan untuk membuat pembelian dengan mudah melalui laman web di seluruh dunia atau untuk menambah nilai mata MOL untuk membeli permainan, produk dan perkhidmatan online.

Kad itu memberikan pengguna cara yang lebih cepat dan lebih selamat untuk membuat pembelian melalui Paypal dan transaksi mereka dilindungi dengan lebih baik oleh langkah-langkah pencegahan penipuan dan keselamatan Paypal, kata Elias Ghanem, Pengurus Besar Paypal Asia tenggara dan India, dalam satu kenyataan hari Khamis.

“Selain kemudahan menambah nilai kad itu di lebih 15,000 lokasi di seluruh negara atau melalui perbankan online, pengguna Malaysia boleh mendapatkan pelbagai faedah membeli belah dan ganjaran permainan kerana menggunakan kad ini,” katanya.

Kad yang dijual pada RM15 setiap satu boleh didapati mulai 19 Julai.

– BERNAMA-

So.. bagi peniaga dan yang kawan-kawan yang biasa membeli belah secara online  dan belum memiliki akaun paypal, cepat-cepat buat akaun paypal yerk, dapatkan pelbagai faedah dari akaun paypal ini… :)

bigpaypal

Agak-agak rupanya macam ni kot...

Agak-agak rupanya macam ni kot...

Aromaterapi

Jul-12-2010 By bonda

“Apakah Aromaterapi??”

Istilah “Aromaterapi” sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan: “Aroma”, yang bermakna bau, atau haruman, dan “Therapy”, yang bermakna rawatan. Inti bunga-bungaan dan tumbuhan telah pun digunakan oleh tamadun-tamadun purba Cina, Mesir dan India semenjak sekurang-kurangnya 6000 tahun dahulu. Aromatherapi adalah cara rawatan yang berasaskan alam semulajadi. Satu daripada prinsip asasnya adalah dengan menguatkan proses rawatan diri dengan cara merangsangkan sistem immunisasi secara tidak langsung. Kegunaan minyak essensial secara intensif amatlah meluas, daripada rawatan haruman lembut yang unik dan halus sehinggalah rawatan terapi tembusan yang mendalam.Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, bermakna ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan kerohanian.


“Kebaikan Aromaterapi”

Asal–usul Aromaterapi wujud sejak 5000 tahun yang lampau. Orang Mesir purbakala adalah yang pertama mengamalkan aromaterapi dengan menguna kaedah merendam tumbuhan yang wangi ke dalam campuran yang mendidih untuk mengeluarkan minyaknya.Berabad sebelum ini aromaterapi telah digunakan oleh tamadun Cina, India dan Roman yang mengikut cara pengunaannya dari tamadun Yunani purba. Hari ini, aromaterapi telah menampakkan pemulihan kegunaanya sebagai sejenis cara perubatan alternatif. Walupun ianya tidak berupaya menggantikan perubatan tradisional, tetapi ciri–ciri holistiknya boleh menyembuh dari segi minda, jasmani dan semangat.Aromaterapi berkeupayaan meningkatkan semangat. Ianya mampu melegakan perasaan rendah diri, putus asa, kesedihan, histeria, kebimbangan, masalah tidur dan juga masalah memori.Kebaikan dari segi perubatan termasuk mengurangkan keletihan, masalah pernafasan, termasuk selsema, sakit kerongkong, lelah dan bronkitis. Lebih penting adalah aromaterapi boleh membersihkan dan memperbaiki kualiti udara.

“Kenapa Aromaterapi?”

Aromaterapi menggunakan minyak pati tulen daripada berbagai bahagian tumbuhan (bunga, daun, resin, kulit, ranting, benih, buah, hati dan akar). Ianya diklasifikasi secara umum sebagai citrus, kebungaan, bertanah, berempah, beresin dan berkayu.

Aromaterapi adalah kombinasi kesenian dan sains. ianya berunsur karya daripada perlunya daya kreatif dan kenalurian dalam proses penyediaan adunan minyak pati. Pengetahuan sains pula diperlukan dalam proses mengestrak minyak tersebut. Setiap proses atau teknik mengestrak akan menghasilkan produk yang berlainan kerana setiap ramuan  tumbuhan memerlukan proses yang berbeza.

Oleh yang demikian, aromaterapi bukanlah sekedar “haruman yang baik” tetapi sebenarnya adalah suatu sistem rawatan menyeluruh. Jika ianya diamalkan dengan sempurna, ianya akan membantu menenangkan seseorang dan memupuk perasaan “homeostasis” atau harmoni dalam tubuh badan. Di samping itu pengamal aromaterapi juga dapat memperolehi keseimbangan dan pada masa yang sama tenaga badan boleh dipromosi dan dikekalkan.

Dan Rasulullah pun Menangis..!!

Oct-7-2008 By bonda

Siang itu Ali bin Abi Thalib dan Fatimah binti Rasulullah meninggalkan rumah untuk berkunjung ke rumah Rasulullah SAW. Semenjak menikah dengan Ali, Fatimah tidak lagi tinggal bersama Rasulullah. Maka sebagai pengubat rindu hati Fatimah dan Ali terhadap Rasulullah, mereka selalu meluangkan masa untuk mengunjungi sang ayah.

Namun pada kunjungan hari itu mereka mendapati Rasulullah tidak seperti biasanya. Dari luar rumah terdengar suara tangisan Rasulullah yang menyayat hati. Ali dan Fatimah berhamburan masuk ke dalam rumah ingin segera mengetahui apa yang sedang terjadi dengan Rasulullah.

Rasulullah sedang duduk termenung di dalam rumah. Tergurat kesedihan yang amat dalam di wajahnya. Air matanya terus meleleh membasahi kedua pipi yang putih bagaikan pualam. Sesuatu yang besar telah terjadi hingga Rasulullah menangis tiada henti.

“Assalamua’alika Ya Rasulallah… Apa yang telah terjadi…” tanya Ali.
“Wahai ayah, sesuatu apakah yang telah membuat ayah bersedih. Mengapa air mata ayah terus menetes?” sambung Fatimah.

Rasulullah memandang putri dan menantunya, lalu beliau berkata,
“Tadi malam ada seseorang yang mengajakku naik ke langit… Lalu membawaku ke suatu tempat yang sangat mengerikan. Jurang dalam yang dipenuhi dengan api yang berkobar… Lalu aku melihat orang-orang perempuan dari umatku yang disiksa dengan bermacam-macam siksaan. Begitu dahsyatnya siksaan itu hingga mereka menjerit-jerit kesakitan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis seperti ini”. “Wahai anakku… Diantara siksaan itu, aku melihat wanita-wanita yang digantung dengan rambutnya lalu otaknya mendidih”.
“Kemudian aku melihat wanita-wanita yang digantung dengan lidahnya, lalu air panas mendidih dituangkan ke tenggorokannya”.
“Di sudut yang lain aku melihat wanita-wanita yang diikat kedua kakinya hingga puting payudaranya dan kedua tangannya diikatkan pada ubun-ubunnya, kemudian Allah memerintahkan ular-ular berbisa dan kalajengking untuk menggigit dan menyengat tubuh-tubuh mereka”.
“Tidak hanya itu. Ada lagi wanita-wanita yang digantung dengan kedua puting payudaranya”.
“Lalu aku lihat wanita-wanita berkepala babi namun tubuh mereka seperti keledai dan telah disiapkan untuk mereka satu juta macam siksaan yang lain”.
“Aku juga melihat wanita-wanita yang wajahnya seperti anjing, sedangkan api masuk dari mulutnya dan keluar dari punggungnya, lalu malaikat memukul mereka  dengan pemukul dari api”.

Rasulullah diam. Sesekali beliau mengusap air mata yang membasahi pipinya. Lalu bertanyalah Fatimah, “Wahai Ayahku tercinta, Apakah yang telah diperbuat oleh wanita-wanita itu? Sehingga mereka harus menerima siksaan yang sangat mengerikan itu?”

Rasulullah menjelaskan, “Wahai putriku, wanita-wanita yang digantung dengan rambutnya itu adalah wanita yang tidak mau menutup rambutnya dari laki-laki yang bukan mahram”. Dia malah bangga apabila ada laki-laki yang kagum dengan keindahan rambutnya sehingga dia enggan mengenakan kerudung atau tudung.
“Sedangkan wanita-wanita yang digantung dengan lidahnya adalah mereka yang mulutnya sering mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati suaminya”. Istri yang seharusnya bertutur kata yang baik, lemah lembut dan santun terhadap suami, ternyata malah sering melontarkan umpatan, celaan, hinaan dan kata-kata yang kasar. Maka itulah pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya.

“Lalu wanita-wanita yang digantung dengan puting payudaranya itu adalah wanita yang menyakiti suami di tempat tidur”. Dia suka menolak ajakan suami untuk ‘bersama’ dengan tanpa alasan yang jelas.

“Lalu kenapa dengan wanita-wanita yang kedua kakinya diikat hingga puting payudaranya dan tangannya sampai ubun-ubun, lalu tubuhnya digerogoti ular dan kalajengking itu Ya Rasulullah…” tanya Fatimah.
“Mereka adalah wanita yang tidak mau segera mandi junub setelah suci dari haid dan suka melalaikan shalat” jawab Rasulullah

“Bagaimana dengan wanita-wanita yang berkepala babi dan bertubuh keledai? Kesalahan apa yang telah mereka lakukan?” tanya Fatimah.
“Wahai Fatimah, mereka adalah wanita  yang suka mengadu domba dan suka berbuat dusta”. Dia sebarkan berita-berita bohong untuk mengadu domba manusia.
“Sedangkan wanita-wanita yang yang bertubuh seperti seekor anjing, lalu api dimasukkan ke mulutnya dan keluar melalui duburnya adalah perempuan yang suka mengungkit ungkit pemberian dan suka dengki terhadap kelebihan orang lain” jelas Rasulullah.

Fatimah dan Ali tertegun mendengar cerita yang merupakan kejadian nyata yang dilihat oleh Rasulullah dalam perjalanan Isra’ Mi’raj. Allah sengaja menunjukkan kejadian-kejadian itu kepada rasulNya agar menjadi peringatan bagi seluruh umat, khususnya orang-orang yang beriman.

Di akhir cerita Rasulullah berpesan kepada Fatimah, “Wahai anak perempuanku.. Celaka bagi seorang istri yang menentang pada suaminya” Hadits Riwayat Az Zawajir (Oleh:Dave Ariant Yusuf Wicaksono )

Nota: Insya Allah saya akan terjemahkan ke dalam bahasa melayu…

Perkembangan Sulam Kerancang

Aug-23-2008 By bonda

Sulam kerancang/ayak adalah sulaman halus yang bertebuk dibuat dari jalinan benang sulam. Tebukan inilah yang disebut kerancang. Pembuatan kerancang ini adalah suatu proses yang rumit serta menggunakan masa yang lama. Seorang penyulam harus menjaga “tarikan” benang ke kain ( bahan dasar ). Jika tarikan benang terlalu tegang, kain di sekitar kerancang akan berkedut. Apabila tarikan benang kurang tegang, maka jalinan kerancang akan tidak padat dan rapat serta mudah putus karena ketegangan benang sulam tidak sama. Sulaman kerancang ini sulamannya lebih tebal dan tahan lama.

~Proses Pembuatan Kerancang~

Pembuatan kerancang adalah suatu proses yang berbentuk “point of no return“. Jalinan kerancang tersebut terdiri dari jalinan benang sulam serta bahagian bahan dasar yang dipilin untuk menjadi tepi kerancang. Apabila jalinan ini putus, maka sulaman itu tidak dapat diperbaiki kerana material kain yang dipilin untuk membentuk jalinan kerancang tersebut juga ikut terputus (robek). Read the rest of this entry »